Monday, March 5, 2007

KEJAYAAN MALAYSIA

Seorang wartawan asing yang menghadiri Mesyuarat Khas Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) Mengenai Timur Tengah pada April tahun ini memberitahu: "You should stop calling yourself a developing country… Yes, I can see that you are busy developing your country, but I think you're way too developed to be categorized as developing…" ("Hentikan memanggil negara anda negara membangun… Memang saya boleh lihat anda semua sedang giat membangunkan negara anda, namun negara anda terlalu maju untuk dikategorikan sebagai negara membangun…"
Walaupun apa yang diungkapkan wartawan muda itu mungkin sekadar pendapat spontan lantaran melihat pembangunan fizikal Malaysia sepintas lalu -- melalui tingkap koc Ekspres KLIA atau bas berhawa dingin menuju ke Pusat Konvensyen Putrajaya -- namun sebagai warga Malaysia yang lebih mengenali tanah ini, kita sendiri sememangnya telah dapat melihat ciri-ciri sebuah negara maju apabila memandang sekeliling.
Sempena sambutan Hari Kebangsaan ke47 tahun ini mari kita singkap semula lembaran sejarah - sekadar melihat semula sebahagian daripada pencapaian dan kejayaan negara, yang kalau disenaraikan semuanya mungkin akan menjadi sebuah ensiklopedia 50 jilid…
Membina Asas
Bertolak dari keringat dan air mata para pejuang dan negarawan sejak awal abad ke sembilan belas, negara mencatat satu pencapaian besar pada tanggal 31 Ogos 1957 apabila berjaya membebaskan tanah ini dari belenggu penjajahan tanpa pertumpahan darah. Seterusnya, bermula dari detik Union Jack diturunkan dan laungan bersejarah Bapa Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman, negara melihat kejayaan yang tidak putus-putus - dari aspek fizikal mahupun sosial dan rohaniah.
Tahun-tahun pertama kemerdekaan ternyata amat mencabar - dan Tunku telah meneruskan kewibawaan cemerlangnya dalam menganyam perpaduan kukuh di kalangan penduduk Tanah Melayu yang berbilang kaum. Perikatan yang dijalin sejak rundingan menuntut kemerdekaan, diteruskan dan diperkembang ke seluruh negara. Perpaduan erat tiga kaum utama, yang kekal hingga ke hari ini, merupakan salah satu pencapaian negara paling berharga, yang menjadi teras kestabilan dan kemakmuran yang kita kecapi hari ini.
Barangkali salah satu kejayaan Tunku yang utama selepas Merdeka ialah penubuhan Persatuan Asia Tenggara (kemudian ASEAN) yang menjadi batu loncatan untuk pelaksanaan dasar luar Malaysia. Tunku juga telah membawa Tanah Melayu ke arena antarabangsa dengan merintis jalan ke arah penubuhan Pertubuhan Persidangan Islam, malah telah memulakan penganjuran pertandingan Beradu Al-Quran peringkat antarabangsa dan kejohanan bola sepak jemputan - Pestabola Merdeka. Dan jika pada 1948, 1952 dan 1955 Tanah Melayu jajahan British tiga kali berturut-turut merangkul Piala Thomas, pada 1967 pula negara kecil yang merdeka bernama Malaysia menjulang piala berprestij itu -- tanda-tanda awal "Malaysia Boleh".
Mencanai Kekuatan
Era Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak menyaksikan Malaysia terus dibangunkan - di bandar dan di desa. Revolusi pertanian negara bermula dan RISDA ditubuhkan untuk membantu sektor pertanian sebagai teras ekonomi. Namun hasil bumi yang lain tidak dipersia. Petroliam Nasional Berhad (Petronas) ditubuhkan untuk menyelaras pembangunan industri petroleum negara secara menyeluruh. Hari ini Petronas memiliki lebih daripada100 anak syarikat dan syarikat bersekutu di lebih daripada 30 negara di seluruh dunia. Sementara itu pada pertengahan 1970an industri elektronik diperkenalkan dengan pembukaan banyak kilang kepunyaan syarikat tempatan dan asing.
Keamanan negara yang kukuh di bawah pentadbiran Perdana Menteri ketiga Datuk Hussein Onn telah menarik lebih banyak pelabur asing. Dua tahun selepas beliau mengambil alih teraju kepimpinan negara, ekonomi negara mencatat pertumbuhan luar biasa - peningkatan hampir 40%.
Awal 80an menyaksikan Malaysia melangkah lebih yakin ke era perindustrian. Industri elektronik semakin dipertingkat. Siapa sangka Malaysia akan menjadi pengeksport separa-konduktor yang terbesar dan pengeksport penyaman udara yang ketiga terbesar di dunia.
Julai 1981 melihat peralihan tampuk pentadbiran bila Datuk Seri (sekarang Tun) Dr Mahathir Mohamad mengambil-alih kemudi sebagai Perdana Menteri keempat - jawatan yang disandangnya selama lebih 22 tahun.
Menuju Wawasan
Dr Mahathir tidak mengambil masa yang lama sebelum memulakan pelbagai rancangan pembangunan yang agresif di samping meneruskan usaha-usaha yang telah direncanakan pemimpin-pemimpin sebelumnya. Pelbagai dasar dan konsep baru dilancarkan - yang tahun demi tahun memperlihatkan faedah besar kepada negara - di antaranya Dasar Pandang ke Timur, Pensyarikatan Malaysia dan Wawasan 2020. .
Projek kereta nasional diumumkan pada 1983, dan dua tahun berikutnya kereta pertama Malaysia, Proton Saga, meluncur megah di jalan raya. Selepas Saga, Proton melancarkan beberapa model lain seperti Wira, Satria, Tiara, Putra, Perdana, Waja, Juara dan Gen-2. Proton hari ini mengeksport kereta ke lebih daripada 30 negara di seluruh dunia dengan negara bekas penjajah, United Kingdom sebagai pasaran utama. Kilang pengeluaran Proton yang baru di Tanjung Malim mempunyai kapasiti untuk mengeluarkan sehingga sejuta kereta setahun berbanding kilang di Shah Alam yang mengeluarkan 230,000 unit setahun.
Pada 1985 juga Jambatan Pulau Pinang siap dibina. Perlu disebutkan bahawa rancangan untuk membina jambatan yang menghubungkan Pulau Pinang dengan Semenanjung telah diilhamkan oleh Tun Abdul Razak, dan perancangannya telah dirangka sejak 1960an lagi. Di bawah pentadbiran Dr Mahathir akhirnya projek ini menjadi realiti. Walaupun mendapat kritikan hebat dari beberapa pihak pada peringkat awal pembinaannya, kini tiada siapa yang dapat menafikan peranan besar Jambatan Pulau Pinang, malah ia menjadi kebanggaan negara sebagai jambatan terpanjang di Asia Tenggara dan ketiga terpanjang di dunia.
Menjelang akhir dekad 80an ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan tahunan yang kukuh.
Pada 1989 negara menjadi semakin dikenali dengan penganjuran Sukan SEA XV, serta menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM). Kestabilan negara juga semakin terserlah bila, pada tahun yang sama, Parti Komunis Malaya meletakkan senjata dan menandatangani Perjanjian Damai dengan Kerajaan Malaysia - menandakan berakhirnya perjuangan Komunis selama 41 tahun di negara ini.
Sepuluh tahun sebelum tiba alaf baru, peralihan fizikal dan insani yang dilalui Malaysia sudah jelas kelihatan di mana-mana. Jutaan pelawat dan pendatang terus membanjiri segenap pelosok negara - bukti kisah kemakmuran Malaysia sudah dilihat dan didengar ramai warga asing.
Pada 1991, arah tuju dan aspirasi negara disorot dan diperjelaskan dengan pelancaran Wawasan 2020. Walaupun diuar-uarkan sebagai wawasan bagi semua rakyat Malaysia dan bukan wawasan seorang pemimpin, tidak dapat disangkal pelancaran Wawasan 2020 telah menyerlahkan pandangan jauh dan jitu Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad. Rancangan jangka panjang itu menetapkan matlamat dan cabaran-cabaran yang perlu ditempuh Malaysia untuk menjadi negara maju dalam acuan sendiri menjelang 2020.
Dengan ekonomi tempatan yang semakin kukuh dan kestabilan yang ketara, Malaysia bukan sahaja terus menerima kedatangan pelabur asing, tetapi syarikat-syarikat Malaysia juga telah membuka lebih banyak pelaburan di luar negara. Lebuh Raya Ekspres Utara-Selatan sepanjang 850km yang siap dibina pada 1994 memperbaiki mobiliti dan pengangkutan ke tahap yang belum pernah disaksikan negara sebelum ini. Perhubungan juga dipertingkat dengan peningkatan penggunaan teknologi serta taraf hidup yang lebih baik. Kalau pada dekad 70an ada yang terpaksa ke Balai Polis atau ke rumah Ketua Kampung untuk meminjam telefon, pada 1995 sudah ramai yang mempunyai telefon peribadi di dalam genggaman atau di dalam saku.
Pertengahan dekad 90an juga mencatat mercutanda bila Malaysia mengorak langkah ke era Internet - Dr Mahathir menjadi ketua kerajaan pertama muncul secara langsung melalui Internet.
Pada tahun 1995 juga Keluaran Dalam Negeri Kasar negara meningkat sebanyak 9.6%.
Menyahut Cabaran Alaf Baru
Pada 1996 Malaysia melancarkan satelit pertama - MEASAT1 ke angkasa lepas. Pada tahun yang sama juga Perbadanan Pembangunan Multimedia ditubuhkan untuk mengasaskan Koridor Raya Multimedia (MSC). Dengan pelancaran MSC, Malaysia memulakan langkah ke era baru - era ekonomi berasaskan maklumat. Peringkat awal pembangunan MSC meliputi beberapa aplikasi berteknologi tinggi termasuk konsep kerajaan elektronik, teleperubatan dan kad pintar serbaguna (MyKad).
Tahun berikutnya, kejayaan M. Magendren dan N Mohandas sebagai rakyat Malaysia pertama menawan puncak Gunung Everest seperti menyemarakkan semangat pemimpin dan rakyat untuk terus membawa Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.
Pada 1997 juga Malaysia merampas takhta sebagai pemilik bangunan tertinggi di dunia bila Menara Berkembar Petronas siap dibina. Beberapa projek gergasi menyusul selepas itu, di antaranya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Litar Antarabangsa F1 di Sepang serta Kompleks Sukan Negara di Bukit Jalil. Kesemua projek-projek ini bukan sahaja telah memberi kemudahan, manfaat dan pekerjaan kepada rakyat tetapi telah menjulang nama Malaysia di peta dunia.
Malaysia terus menjadi perhatian dunia bila menjadi tuan rumah kepada Sukan Komanwel XVI pada 1998. Walaupun ekonomi negara pada ketika itu sedikit tergugat ekoran spekulasi mata wang oleh golongan tidak bertanggungjawab, temasya sukan berkenaan berjaya dilangsungkan dengan penuh gilang-gemilang. Pada masa yang sama kerajaan menolak bantuan Dana Mata Wang Antarabangsa (IMF) yang dilihat cuba menguasai negara secara halus. Kawalan modal terpilih dan tambatan ringgit dilaksanakan untuk memulihkan ekonomi negara.
Peluang pendidikan dapat dinikmati oleh lebih ramai pelajar dengan pembukaan puluhan institusi pengajian tinggi swasta dan kampus-kampus cawangan universiti negara asing, di samping institusi pengajian tinggi awam yang telah mencapai kepada 17 buah berbanding hanya sebuah universiti pada era Merdeka. Pada 1999, kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi negara meningkat kepada 500,000 orang. Institusi-institusi pengajian tinggi tempatan juga menerima kemasukan ramai pelajar asing, membuktikan Malaysia kini dipercayai sebagai tempat tinggal yang sentosa dan pusat pendidikan yang berwibawa.
Setahun sebelum melangkah ke alaf baru, pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan berpindah ke Putrajaya, bandaraya baru serba pintar dan canggih yang pada asalnya merupakan ladang kelapa sawit.
Alaf Baru: Kejayaan Terserlah
Fajar alaf baru melihat Malaysia melangkah keluar dari belenggu kegawatan ekonomi. Malah, usaha negara dengan dasar tersendiri dalam menangani kegawatan ekonomi telah menerima pujian daripada IMF. Awal alaf juga melihat penerokaan lebih aktif ke dunia maklumat dengan pembukaan lebih banyak pusat ilmu dan teknologi.
Ulangtahun ke20 pentadbiran Dr Mahathir pada 2001 merangkumkan senarai panjang pencapaian negara yang bukan sahaja menjadi kemegahan dan inspirasi warga Malaysia malah telah hampir mengeluarkan negara dari kelongsong dunia ketiga. Suara lantang Dr Mahathir di tanah air dan arena antarabangsa dilihat bukan sahaja sebagai pencapaian peribadi beliau malah merupakan kejayaan besar yang dibanggakan oleh seluruh rakyat Malaysia.
Tahun terakhir pentadbiran Dr Mahathir melihat kejayaan Malaysia menjadi tuan rumah Persidangan Negara-negara Berkecuali (NAM) XIII dan Sidang kemuncak Persidangan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) X.
Pada penghujung Oktober 2003, Perdana Menteri kelima Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengambil-alih tampuk kepimpinan dalam satu peralihan kuasa yang berjalan dengan begitu lancar - seperkara yang dianggap banyak pihak sebagai satu pencapaian yang amat mengagumkan dan yang hanya boleh dilakukan oleh pemimpin-pemimpin gemilang di negara terbilang.
Politik yang stabil dan rakyat yang hidup dalam harmoni telah memungkinkan Malaysia mencapai begitu banyak kejayaan fizikal dan sosial dalam masa yang boleh dianggap singkat. Seterusnya dengan pemimpin dan rakyat yang matang, berilmu, berbudaya, kreatif dan inovatif, jalan bagi Malaysia menuju Wawasan 2020 kelihatan cerah dan indah, meskipun mungkin banyak cabaran-cabaran baru yang menanti di hadapan. orang wartawan asing yang menghadiri Mesyuarat Khas Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) Mengenai Timur Tengah pada April tahun ini memberitahu: "You should stop calling yourself a developing country… Yes, I can see that you are busy developing your country, but I think you're way too developed to be categorized as developing…" ("Hentikan memanggil negara anda negara membangun… Memang saya boleh lihat anda semua sedang giat membangunkan negara anda, namun negara anda terlalu maju untuk dikategorikan sebagai negara membangun…"

Politik yang stabil dan rakyat yang hidup dalam harmoni telah memungkinkan Malaysia mencapai begitu banyak kejayaan fizikal dan sosial dalam masa yang boleh dianggap singkat. Seterusnya dengan pemimpin dan rakyat yang matang, berilmu, berbudaya, kreatif dan inovatif, jalan bagi Malaysia menuju Wawasan 2020 kelihatan cerah dan indah, meskipun mungkin banyak cabaran-cabaran baru yang menanti di hadapan.

12 comments:

Unknown said...

wauuu...penulisan yang sangat panjang...halalkan saya untuk mengambil entri ini untu blog saya ek...dari rahman bashri...

mohd said...

Salam
Entri yang baik dan komplet. Mohon izin nak kopy dan kongsikannya di blog saya

ayan said...

saya belajar lagi ,, saya nk copy entry ni untuk buat rujukan ntuk kertas sejarah 3...

ayan said...

saya belajar lagi ,, saya nk copy entry ni untuk buat rujukan ntuk kertas sejarah 3...

Unknown said...

mohon halalkan entri ini ntuk kertas sejarah 3 saye..

polar bear said...

MOHON HALAL UNTUK PAPER 3 SEJARAH SAYA YE..:)

Unknown said...

sy pun nak mohon halalkan untuk kertas 3 sejarah sy :)

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Miz Karstz said...

sy minta izin ambil artikel ni utk kgunaan pelajar2 sy.... TQ... semoga Allah memberkati usaha anda... Satu esei yg sgt berguna sbg sumber rujukan

Sarah Athina said...

minta izin utk copy artikel ini utk kertas 3 sejarah

Anonymus said...

jasamu dikenang :)