Monday, March 5, 2007

PERDANA MENTERI MALAYSIA

Yang Amat Berhormat Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad BadawiDato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-lima pada 31 Oktober 2003.Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dilahirkan pada 26 November 1939 di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Beliau menerima pendidikan menengah di Sekolah Tinggi Bukit Mertajam dan di Penang Methodist Boys School, Pulau Pinang. Beliau kemudiannya meneruskan pengajian di Universiti Malaya dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Pengajian Islam pada tahun 1964.Setelah tamat pengajian, Dato’ Seri Abdullah menyertai sektor perkhidmatan awam sebagai Penolong Setiausaha di Jabatan Perkhidmatan Awam. Pada tahun 1969, Dato’ Seri Abdullah berpindah ke Majlis Gerakan Negara (MAGERAN), sebuah badan yang berkuasa eksekutif untuk mentadbir negara yang ditubuhkan selepas rusuhan kaum pada Mei 1969. Dato’ Seri Abdullah kemudiannya dinaikkan pangkat menjadi Ketua Pengarah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, sebelum menjadi Timbalan Ketua Setiausaha di Kementerian yang sama pada tahun 1974. Dato' Seri Abdullah menyertai UMNO pada tahun 1964. Beliau mula bergerak aktif dalam arena politik setelah dipilih menjadi Ahli Parlimen Kepala Batas pada tahun 1978 dan beliau berjaya mengekalkan kerusi parlimen tersebut sehingga kini. Beliau adalah ahli Majlis Tertinggi UMNO semenjak 1981. Dato' Seri Abdullah telah dipilih memegang jawatan Naib Presiden UMNO pada tahun 1984, 1987 dan 1990, dan dipilih semula untuk jawatan tersebut pada tahun 1996. Pada Perhimpunan Agung UMNO 2000, Dato' Seri Abdullah dilantik sebagai Timbalan Presiden bagi penggal 2000 - 2003.Dato' Seri Abdullah pernah memegang jawatan-jawatan penting dalam beberapa kementerian. Beliau dilantik sebagai Setiausaha Parlimen di Kementerian Wilayah Persekutuan (1978-80), Timbalan Menteri, Kementerian Wilayah Persekutuan (1980-81), Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1981-84), Menteri Pelajaran (1984-86) dan Menteri Pertahanan (1986-87) . Pada 15 Mac 1991, beliau dilantik sebagai Menteri Luar sehingga Januari 1999. Seterusnya, Dato’ Seri Abdullah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri pada Januari 1999, sebelum dilantik menjadi Perdana Menteri. Selain itu, Dato’ Seri Abdullah juga adalah Menteri Kewangan dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri.Dato' Seri Abdullah berkahwin dengan Allahyarhamhumah Datin Seri Endon binti Dato' Mahmood pada tahun 1965 dan dikurniakan dua orang cahayamata dan empat cucu .

BEKAS PERDANA MENTERI MALAYSIA

Sejak Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, dituruti dengan pembentukan Malaysia pada 16hb September 1963, Malaysia telah diketuai oleh empat orang Perdana Menteri yang bertindak sebagai Ketua Kerajaan.

Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj
Perdana Menteri Malaysia Pertama (1957-1970)
Bapa Kemerdekaan

Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein
Perdana Menteri Malaysia Kedua (1970-1976)

Bapa Pembangunan Malaysia

Allahyaraham Tun Hussein bin Dato' Onn
Perdana Menteri Ketiga (1976-1981)

"Penyambung Warisan Yang Terbilang"

Tun Dr Mahathir Mohammad
Perdana Menteri Malaysia Keempat (1981-2002)

'Pencetus Malaysia Negara Maju'

KEJAYAAN MALAYSIA

Seorang wartawan asing yang menghadiri Mesyuarat Khas Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) Mengenai Timur Tengah pada April tahun ini memberitahu: "You should stop calling yourself a developing country… Yes, I can see that you are busy developing your country, but I think you're way too developed to be categorized as developing…" ("Hentikan memanggil negara anda negara membangun… Memang saya boleh lihat anda semua sedang giat membangunkan negara anda, namun negara anda terlalu maju untuk dikategorikan sebagai negara membangun…"
Walaupun apa yang diungkapkan wartawan muda itu mungkin sekadar pendapat spontan lantaran melihat pembangunan fizikal Malaysia sepintas lalu -- melalui tingkap koc Ekspres KLIA atau bas berhawa dingin menuju ke Pusat Konvensyen Putrajaya -- namun sebagai warga Malaysia yang lebih mengenali tanah ini, kita sendiri sememangnya telah dapat melihat ciri-ciri sebuah negara maju apabila memandang sekeliling.
Sempena sambutan Hari Kebangsaan ke47 tahun ini mari kita singkap semula lembaran sejarah - sekadar melihat semula sebahagian daripada pencapaian dan kejayaan negara, yang kalau disenaraikan semuanya mungkin akan menjadi sebuah ensiklopedia 50 jilid…
Membina Asas
Bertolak dari keringat dan air mata para pejuang dan negarawan sejak awal abad ke sembilan belas, negara mencatat satu pencapaian besar pada tanggal 31 Ogos 1957 apabila berjaya membebaskan tanah ini dari belenggu penjajahan tanpa pertumpahan darah. Seterusnya, bermula dari detik Union Jack diturunkan dan laungan bersejarah Bapa Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman, negara melihat kejayaan yang tidak putus-putus - dari aspek fizikal mahupun sosial dan rohaniah.
Tahun-tahun pertama kemerdekaan ternyata amat mencabar - dan Tunku telah meneruskan kewibawaan cemerlangnya dalam menganyam perpaduan kukuh di kalangan penduduk Tanah Melayu yang berbilang kaum. Perikatan yang dijalin sejak rundingan menuntut kemerdekaan, diteruskan dan diperkembang ke seluruh negara. Perpaduan erat tiga kaum utama, yang kekal hingga ke hari ini, merupakan salah satu pencapaian negara paling berharga, yang menjadi teras kestabilan dan kemakmuran yang kita kecapi hari ini.
Barangkali salah satu kejayaan Tunku yang utama selepas Merdeka ialah penubuhan Persatuan Asia Tenggara (kemudian ASEAN) yang menjadi batu loncatan untuk pelaksanaan dasar luar Malaysia. Tunku juga telah membawa Tanah Melayu ke arena antarabangsa dengan merintis jalan ke arah penubuhan Pertubuhan Persidangan Islam, malah telah memulakan penganjuran pertandingan Beradu Al-Quran peringkat antarabangsa dan kejohanan bola sepak jemputan - Pestabola Merdeka. Dan jika pada 1948, 1952 dan 1955 Tanah Melayu jajahan British tiga kali berturut-turut merangkul Piala Thomas, pada 1967 pula negara kecil yang merdeka bernama Malaysia menjulang piala berprestij itu -- tanda-tanda awal "Malaysia Boleh".
Mencanai Kekuatan
Era Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak menyaksikan Malaysia terus dibangunkan - di bandar dan di desa. Revolusi pertanian negara bermula dan RISDA ditubuhkan untuk membantu sektor pertanian sebagai teras ekonomi. Namun hasil bumi yang lain tidak dipersia. Petroliam Nasional Berhad (Petronas) ditubuhkan untuk menyelaras pembangunan industri petroleum negara secara menyeluruh. Hari ini Petronas memiliki lebih daripada100 anak syarikat dan syarikat bersekutu di lebih daripada 30 negara di seluruh dunia. Sementara itu pada pertengahan 1970an industri elektronik diperkenalkan dengan pembukaan banyak kilang kepunyaan syarikat tempatan dan asing.
Keamanan negara yang kukuh di bawah pentadbiran Perdana Menteri ketiga Datuk Hussein Onn telah menarik lebih banyak pelabur asing. Dua tahun selepas beliau mengambil alih teraju kepimpinan negara, ekonomi negara mencatat pertumbuhan luar biasa - peningkatan hampir 40%.
Awal 80an menyaksikan Malaysia melangkah lebih yakin ke era perindustrian. Industri elektronik semakin dipertingkat. Siapa sangka Malaysia akan menjadi pengeksport separa-konduktor yang terbesar dan pengeksport penyaman udara yang ketiga terbesar di dunia.
Julai 1981 melihat peralihan tampuk pentadbiran bila Datuk Seri (sekarang Tun) Dr Mahathir Mohamad mengambil-alih kemudi sebagai Perdana Menteri keempat - jawatan yang disandangnya selama lebih 22 tahun.
Menuju Wawasan
Dr Mahathir tidak mengambil masa yang lama sebelum memulakan pelbagai rancangan pembangunan yang agresif di samping meneruskan usaha-usaha yang telah direncanakan pemimpin-pemimpin sebelumnya. Pelbagai dasar dan konsep baru dilancarkan - yang tahun demi tahun memperlihatkan faedah besar kepada negara - di antaranya Dasar Pandang ke Timur, Pensyarikatan Malaysia dan Wawasan 2020. .
Projek kereta nasional diumumkan pada 1983, dan dua tahun berikutnya kereta pertama Malaysia, Proton Saga, meluncur megah di jalan raya. Selepas Saga, Proton melancarkan beberapa model lain seperti Wira, Satria, Tiara, Putra, Perdana, Waja, Juara dan Gen-2. Proton hari ini mengeksport kereta ke lebih daripada 30 negara di seluruh dunia dengan negara bekas penjajah, United Kingdom sebagai pasaran utama. Kilang pengeluaran Proton yang baru di Tanjung Malim mempunyai kapasiti untuk mengeluarkan sehingga sejuta kereta setahun berbanding kilang di Shah Alam yang mengeluarkan 230,000 unit setahun.
Pada 1985 juga Jambatan Pulau Pinang siap dibina. Perlu disebutkan bahawa rancangan untuk membina jambatan yang menghubungkan Pulau Pinang dengan Semenanjung telah diilhamkan oleh Tun Abdul Razak, dan perancangannya telah dirangka sejak 1960an lagi. Di bawah pentadbiran Dr Mahathir akhirnya projek ini menjadi realiti. Walaupun mendapat kritikan hebat dari beberapa pihak pada peringkat awal pembinaannya, kini tiada siapa yang dapat menafikan peranan besar Jambatan Pulau Pinang, malah ia menjadi kebanggaan negara sebagai jambatan terpanjang di Asia Tenggara dan ketiga terpanjang di dunia.
Menjelang akhir dekad 80an ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan tahunan yang kukuh.
Pada 1989 negara menjadi semakin dikenali dengan penganjuran Sukan SEA XV, serta menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM). Kestabilan negara juga semakin terserlah bila, pada tahun yang sama, Parti Komunis Malaya meletakkan senjata dan menandatangani Perjanjian Damai dengan Kerajaan Malaysia - menandakan berakhirnya perjuangan Komunis selama 41 tahun di negara ini.
Sepuluh tahun sebelum tiba alaf baru, peralihan fizikal dan insani yang dilalui Malaysia sudah jelas kelihatan di mana-mana. Jutaan pelawat dan pendatang terus membanjiri segenap pelosok negara - bukti kisah kemakmuran Malaysia sudah dilihat dan didengar ramai warga asing.
Pada 1991, arah tuju dan aspirasi negara disorot dan diperjelaskan dengan pelancaran Wawasan 2020. Walaupun diuar-uarkan sebagai wawasan bagi semua rakyat Malaysia dan bukan wawasan seorang pemimpin, tidak dapat disangkal pelancaran Wawasan 2020 telah menyerlahkan pandangan jauh dan jitu Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad. Rancangan jangka panjang itu menetapkan matlamat dan cabaran-cabaran yang perlu ditempuh Malaysia untuk menjadi negara maju dalam acuan sendiri menjelang 2020.
Dengan ekonomi tempatan yang semakin kukuh dan kestabilan yang ketara, Malaysia bukan sahaja terus menerima kedatangan pelabur asing, tetapi syarikat-syarikat Malaysia juga telah membuka lebih banyak pelaburan di luar negara. Lebuh Raya Ekspres Utara-Selatan sepanjang 850km yang siap dibina pada 1994 memperbaiki mobiliti dan pengangkutan ke tahap yang belum pernah disaksikan negara sebelum ini. Perhubungan juga dipertingkat dengan peningkatan penggunaan teknologi serta taraf hidup yang lebih baik. Kalau pada dekad 70an ada yang terpaksa ke Balai Polis atau ke rumah Ketua Kampung untuk meminjam telefon, pada 1995 sudah ramai yang mempunyai telefon peribadi di dalam genggaman atau di dalam saku.
Pertengahan dekad 90an juga mencatat mercutanda bila Malaysia mengorak langkah ke era Internet - Dr Mahathir menjadi ketua kerajaan pertama muncul secara langsung melalui Internet.
Pada tahun 1995 juga Keluaran Dalam Negeri Kasar negara meningkat sebanyak 9.6%.
Menyahut Cabaran Alaf Baru
Pada 1996 Malaysia melancarkan satelit pertama - MEASAT1 ke angkasa lepas. Pada tahun yang sama juga Perbadanan Pembangunan Multimedia ditubuhkan untuk mengasaskan Koridor Raya Multimedia (MSC). Dengan pelancaran MSC, Malaysia memulakan langkah ke era baru - era ekonomi berasaskan maklumat. Peringkat awal pembangunan MSC meliputi beberapa aplikasi berteknologi tinggi termasuk konsep kerajaan elektronik, teleperubatan dan kad pintar serbaguna (MyKad).
Tahun berikutnya, kejayaan M. Magendren dan N Mohandas sebagai rakyat Malaysia pertama menawan puncak Gunung Everest seperti menyemarakkan semangat pemimpin dan rakyat untuk terus membawa Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.
Pada 1997 juga Malaysia merampas takhta sebagai pemilik bangunan tertinggi di dunia bila Menara Berkembar Petronas siap dibina. Beberapa projek gergasi menyusul selepas itu, di antaranya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Litar Antarabangsa F1 di Sepang serta Kompleks Sukan Negara di Bukit Jalil. Kesemua projek-projek ini bukan sahaja telah memberi kemudahan, manfaat dan pekerjaan kepada rakyat tetapi telah menjulang nama Malaysia di peta dunia.
Malaysia terus menjadi perhatian dunia bila menjadi tuan rumah kepada Sukan Komanwel XVI pada 1998. Walaupun ekonomi negara pada ketika itu sedikit tergugat ekoran spekulasi mata wang oleh golongan tidak bertanggungjawab, temasya sukan berkenaan berjaya dilangsungkan dengan penuh gilang-gemilang. Pada masa yang sama kerajaan menolak bantuan Dana Mata Wang Antarabangsa (IMF) yang dilihat cuba menguasai negara secara halus. Kawalan modal terpilih dan tambatan ringgit dilaksanakan untuk memulihkan ekonomi negara.
Peluang pendidikan dapat dinikmati oleh lebih ramai pelajar dengan pembukaan puluhan institusi pengajian tinggi swasta dan kampus-kampus cawangan universiti negara asing, di samping institusi pengajian tinggi awam yang telah mencapai kepada 17 buah berbanding hanya sebuah universiti pada era Merdeka. Pada 1999, kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi negara meningkat kepada 500,000 orang. Institusi-institusi pengajian tinggi tempatan juga menerima kemasukan ramai pelajar asing, membuktikan Malaysia kini dipercayai sebagai tempat tinggal yang sentosa dan pusat pendidikan yang berwibawa.
Setahun sebelum melangkah ke alaf baru, pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan berpindah ke Putrajaya, bandaraya baru serba pintar dan canggih yang pada asalnya merupakan ladang kelapa sawit.
Alaf Baru: Kejayaan Terserlah
Fajar alaf baru melihat Malaysia melangkah keluar dari belenggu kegawatan ekonomi. Malah, usaha negara dengan dasar tersendiri dalam menangani kegawatan ekonomi telah menerima pujian daripada IMF. Awal alaf juga melihat penerokaan lebih aktif ke dunia maklumat dengan pembukaan lebih banyak pusat ilmu dan teknologi.
Ulangtahun ke20 pentadbiran Dr Mahathir pada 2001 merangkumkan senarai panjang pencapaian negara yang bukan sahaja menjadi kemegahan dan inspirasi warga Malaysia malah telah hampir mengeluarkan negara dari kelongsong dunia ketiga. Suara lantang Dr Mahathir di tanah air dan arena antarabangsa dilihat bukan sahaja sebagai pencapaian peribadi beliau malah merupakan kejayaan besar yang dibanggakan oleh seluruh rakyat Malaysia.
Tahun terakhir pentadbiran Dr Mahathir melihat kejayaan Malaysia menjadi tuan rumah Persidangan Negara-negara Berkecuali (NAM) XIII dan Sidang kemuncak Persidangan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) X.
Pada penghujung Oktober 2003, Perdana Menteri kelima Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengambil-alih tampuk kepimpinan dalam satu peralihan kuasa yang berjalan dengan begitu lancar - seperkara yang dianggap banyak pihak sebagai satu pencapaian yang amat mengagumkan dan yang hanya boleh dilakukan oleh pemimpin-pemimpin gemilang di negara terbilang.
Politik yang stabil dan rakyat yang hidup dalam harmoni telah memungkinkan Malaysia mencapai begitu banyak kejayaan fizikal dan sosial dalam masa yang boleh dianggap singkat. Seterusnya dengan pemimpin dan rakyat yang matang, berilmu, berbudaya, kreatif dan inovatif, jalan bagi Malaysia menuju Wawasan 2020 kelihatan cerah dan indah, meskipun mungkin banyak cabaran-cabaran baru yang menanti di hadapan. orang wartawan asing yang menghadiri Mesyuarat Khas Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) Mengenai Timur Tengah pada April tahun ini memberitahu: "You should stop calling yourself a developing country… Yes, I can see that you are busy developing your country, but I think you're way too developed to be categorized as developing…" ("Hentikan memanggil negara anda negara membangun… Memang saya boleh lihat anda semua sedang giat membangunkan negara anda, namun negara anda terlalu maju untuk dikategorikan sebagai negara membangun…"

Politik yang stabil dan rakyat yang hidup dalam harmoni telah memungkinkan Malaysia mencapai begitu banyak kejayaan fizikal dan sosial dalam masa yang boleh dianggap singkat. Seterusnya dengan pemimpin dan rakyat yang matang, berilmu, berbudaya, kreatif dan inovatif, jalan bagi Malaysia menuju Wawasan 2020 kelihatan cerah dan indah, meskipun mungkin banyak cabaran-cabaran baru yang menanti di hadapan.

LAGU KEBANGSAAN

NEGARAKU

Negara ku, tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup, bersatu dan maju,
Rahmat bahagia, Tuhan kurniakan,
Raja kita, selamat bertakhta.
Rahmat bahagia,
Tuhan kurniakan,
Raja kita,
selamat bertakhta.

TEMA HARI KEBANGSAAN

1970 - Tema : Muhibah dan Perpaduan

1971 - Tema : Masyarakat Progresif

1972 - Tema : Masyarakat Adil

1973 - Tema : Masyarakat Berkebudayaan Malaysia

1974 - Tema : Sains dan Teknologi Alat Perpaduan

1975 - Tema : Masyarakat Berdikari
1976 - Tema :: Ketahanan Rakyat
1977 - Tema :: Bersatu Maju
1978 - Tema :: Kebudayaan Sendi Perpaduan
1979 - Tema :: Bersatu Berdisiplin
1980 - Tema :: Berdisiplin Berbakti
1981 - Tema :: Berdisiplin Berharmoni
1982 - Tema :: Berdisiplin Giat Maju
1983 - Tema :: Bersama Ke Arah Kemajuan
1984 - Tema :: Amanah Asas Kejayaan
1985 - Tema :: Nasionalisme Teras Perpaduan
1986 - Tema :: Bangsa Tegas Negara Teguh
1987 - Tema :: Setia Bersatu Berusaha Maju
1988 - Tema :: Bersatu
1989 - Tema :: Bersatu
1990 - Tema :: Berjaya
1991 - Tema :: Wawasan 2020
1992 - Tema :: Wawasan Asas Kemajuan
1993 - Tema :: Bersatu Menuju Wawasan
1994 - Tema :: Nilai Murni Jayakan Wawasan

1995 - Tema :: Jatidiri Pengerak Wawasan
1996 - Tema :: Budaya Penentu Kecapaian
1997 - Tema :: Akhlak Mulia Masyarakat Jaya
1998 - Tema :: Negara Kita, Tanggungjawab Kita
1999 - Tema :: Bersatu Ke Alaf Baru
2000 -Tema :: Keranamu MALAYSIA

JALUR GEMILANG

Pada tahun 1949 sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan untuk menimbang dan membuat perakuan berhubung rekacipta bendera Persekutuan Tanah Melayu. Satu pertandingan peringkat kebangsaan telah dianjurkan oleh Majlis Perundangan Persekutuan. Sebanyak 373 penyertaan telah diterima di mana tiga rekaan bendera telah terpilih ke peringkat akhir.
Majlis Perundangan Persekutuan menjemput orang ramai memberikan pendapat tentang ketiga-tiga rekaan tersebut. Undian pendapat umum itu telah dikelolakan oleh akhbar The Malay Mail. Keputusan akhir telah disiarkan pada 29 Nov 1949.
Rekaan yang terpilih menggambarkan sebelas jalur biru dan putih dengan bulan dan bintang berwarna kuning di sebelah kiri. Rekaan ini adalah ciptaan seorang arkitek kerajaan dari Johor iaitu En Mohamad bin Hamzah.
Beberapa pindaan telah dibuat kepada rekaan tersebut dan rekaan akhir telah diperkenankan Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 22 dan 23 Februari 1950. Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negara seperti berikut: "That in the opinion of this Council the Flag of the Federation of Malaya should be as follows: Eleven horizontal stripes alternately red and white in colour, the uppermost stripe being red, having a blue quarter with a crescent and eleven pointed star in yellow superimposed, the standard size of the flag to be six feet by three feet." (Bahawa mengikut pendapat Majlis Perundangan Persekutuan, bendera bagi Persekutuan Tanah Melayu hendaklah mengikut rupa seperti berikut: Sebelas jalur melintang berwarna merah dan putih berselang-seli, dengan jalur merah di atas sekali, sukuan berwarna biru dengan bulan sabit bersama bintang pecah sebelas berwarna kuning di atasnya, dengan ukuran bendera standard enam kaki kali tiga kaki.) Rekaan bendera tersebut telah mendapat kelulusan King George VI pada 19 Mei 1950.
Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dikibarkan buat kali pertama dalam satu majlis menaikkan bendera tersebut yang dianjurkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British pada 26 Mei 1950 di perkarangan Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan Pegawai-pegawai King George VI.
Kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura ke dalam Persekutuan Tanah Melayu telah melahirkan sebuah negara baru iaitu Malaysia. Dengan ini satu pindaan diperlukan ke atas bendera Persekutuan Tanah Melayu.
Majlis Raja-Raja telah memperkenankan rekaan Bendera Malaysia berdasarkan rekaan asal Bendera Persekutuan Tanah Melayu, dengan pengubahsuaian pada bilangan jalur dan pecahan bintang bagi menunjukkan 14 buah negeri baru bagi Persekutuan Malaysia. Bendera Malaysia telah dikibarkan dengan rasminya di seluruh negara untuk melambangkan kelahiran Malaysia pada 16 September 1963.

MALAYSIA

  • SEJARAH KEMERDEKAAN

Pada tahun 1946, Inggeris kembali berkuasa di Tanah Melayu setelah Jepun menyerah kalah dan mengundurkan tenteranya. Namun rakyat menolak penjajahan Inggeris kerana corak penjajahan Jepun yang zalim dan kejam begitu menghantui.
Inggeris telah mengatur rancangan membentuk Malayan Union di Tanah Melayu. Sir Edward Gent, telah dihantar untuk menerajui Malayan Union yang pertama. Beliau telah mengangkat sumpah untuk jawatan tersebut di Kuala Lumpur. Rakyat menolak penubuhan Malayan Union malah juga ditentang oleh Raja-raja Melayu. Raja-raja Melayu dan rakyat tempatan mula menentang upacara itu dan berkabung selama satu minggu.
Pada tahun 1946, Datuk Onn Jaafar telah menubuhkan satu kongres bagi semua kumpulan dan pertubuhan politik Melayu di Tanah Melayu. Kongres ini telah diadakan di Kuala Lumpur pada Mac 1946. Dalam kongres tersebut, satu kata sepakat telah dicapai bagi membentuk sebuah parti politik sebagai wakil seluruh orang-orang Melayu di Semenanjung. Hasilnya Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) telah dibentuk. Bermula dari situ satu usaha ke arah memperjuangkan kemerdekaan Malaya telah tercetus dan akhirnya ke arah pembentukan negara Malaysia. Dengan beberapa barisan pejuang yang berjiwa kental yang antaranya terdiri dari Datuk Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, dan Tun Hussein Onn, maka pada 31 Ogos 1957 negara tercinta Malaysia telah menyaksikan satu detik bersejarah dengan penurunan bendera Union Jack di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad sebagai tanda berakhirnya sebuah penjajahan British di Tanah Melayu.